Advertisement!

Thursday, 14 July 2011

My Ex-housemate's Wedding! And what we do after.. :P

Assalamualaikum, salam sejahtera :D
Alhamdulilah, bertemu lagi kita ya! Sungguh banyak lah sekali cerita- cerita dan peristiwa yang telah pun lama berlalu tapi masih lagi tidak dikongsi bersama. Saya ucapkan ribuan maaf.

OK lah! Seperti tajuk di atas, bekas rakan serumah, Sakilah telah selamat mendirikan rumah tangga, yeayyy! Tahniah kepada Puan Sakilah dan Encik Zul. She used to be my housemate for almost one year. She is a very kind person, and she call me ‘akak’, (which I never ask her to :P) saya bukanlah seorang yang kisahkan sgt org nak panggil saye akak ke tak. Saya sendiri pun tak panggil kakak saye ‘akak’. Jahat kan? :P Sakilah ni beza umur pun setahun je, kawan2 saya ketawa je bile saya cerita kat diorang. =)
Sebab bg saya cara hormat bukan sekadar pd panggilan. Hormatilah dari segi kelakuan/percakapan.
As long as menghormati antara satu sama lain, tu dah cukup untuk saya.

OK sambung cerita pasal Kila (nama manja :D) , baik orangnye, dah puji dah kan tadi, hehe :P
Sayangkan Chot. <- Ini adalah criteria yang paling mustahak apabila menjadi my housemate!!
Erm, lagi, tolong halaukan cicak untuk saya, tolong masakkan makanan untuk saya bila saya malas makan, saya ulangi bila saya malas makan ye, bukan bila saya sakit takleh bangun. :P
Lagi, sebab beli mesin basuh, lagi, sebab suke refill stok makanan byk2.. dan banyak lagi lah.. :D

So, di masa perkahwinan beliau, saya adalah antara yang terkuat memberi sokongan, heheh :P
Ataupon yang paling kuat makan, haha.. mase akad nikah saya ada, mase kenduri pon ade..
Akad nikah berlangsung di Masjid Gombak dan dihadiri keluarga dan kenalan terdekat..
Manakala majlis kenduri berlangsung di Tasik Titiwangsa..First time gi orang kawin kat tepi tasik yow! :P
Baiklah, selamat menonton gambar-gambar sepanjang perkahwinan beliau. Btw, marilah kita bersama mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan pasangan ini. Tahniah sekali lagi, Kila dan Zul! :3

 Ketika di masjid

 Solat sunat

 Sarung cincin

 Bersalam-salaman..

 Cium dahi

 Selesai makan di rumah pengantin :)

 Pengantin bersanding di Tasik Titiwangsa yow!

 Imah pon turut datang memeriahkan majlis, tumpang bergambar di pelamin

 Nak jugakk.. :P
 Kami gaya bebas! ni pengantin da tukar baju utk potong kek :)

So, selepas majlis ni kami pun beransur ke tempat lain..
buat kelas belajar kereta mungkin..oh tidak sama sekali, kami pergi one night trip, ketika itu juga..ke mana? sila lihat gambar seterusnya.. hahah.. :P

 Tengok ape dia tulis kat board tu haaa :P

 Kami camwhoring!

Pengawal istana! :P

OK takde motif pun naik Genting tuh, saje nak berperasan main sejuk sejuk.. :P
Tak lama lepas tu kami pun pulang..sekian :)
Btw, perasan tak dalam entry ni hampir keseluruhan cerita saya guna bahasa melayu?
Sounds weird right? terasa seperti penyampai cerita adalah org lain kan? hehe :P
That's it for now.. (malas nak ulas panjang2, walaupun sbnrnya da cukup panjang da nih)
Thank you for reading. Take a good care of yourself!
Senyum lebar sampai ke telinga, with lots of lurve,

LailaEnzai

No comments:

Post a Comment

so what do you think? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...