Advertisement!

Tuesday 23 August 2011

Iftar With Maria Elena :D Oh Maria...Mariaaa



Assalamualaikum, salam sejahtera! :)
Saya dah janji entry ni saya akan cerita pasal happy things kan :P lagu atas ni lagu tema, tp sakit mata lah tengok videoklip nih "-_-
So, seperti tajuk di atas, and most of you know, I’m one of the lucky winner yang menang contest Iftar with Maria Elena. First of all, I would like to say thank you so much for voting me in that contest, although I didn’t win based on vote. Haha :P I wasn’t expecting to win actually, tp tiba2 dapat masuk lucky 5, mmg lucky lah kan :) Terima kasih juga pihak penganjur! Iaitu Odisi Studio <- their facebook :D

OK, dahla tak sangka, pastu mcm tak sempat nak ready pun, disebabkan dahla gundah gulana sbb seperti yang dah cerita dalam entry sebelum ni kan. Dengan sakit kepala yg amat, bersiap laa ala kadar, aku seorang je yg pakai jeans kat event tuh haha. Organizer die kata janji jgn pakai selipar :P muka pun mcm baru bgn tido “-_- orang lain semua cantik-cantik. Terasa amat kerdil dan hina sekali T_T dahla paling tua kat situ, winners yang lain semua comel-comel, mostly still in school. Lepastu masing-masing kena introduce diri, sangat fail! Sebut nama, ok, sebut umur, dah tak ok dah, sebut tgh buat ape sekarang, fail terus! Sebut napa masuk contest : sbb Maria Elena tak reply msg <- my bad mouth haha! :P sebenarnya nak jumpa Maria Elena sbb ade bende nak tanye, haha.

Event ini berlangsung di PNB Darby Park, first time datang sini, maklumlah orang kampong. Kat 39th Restaurant, cantik tempat die haa, makanan pon sedap-sedap haaa.. ade macam2, dan memang sedap lah..(dah 2 kali dah sebut sedap ni) kadang-kadang tempat-tempat mahal tak semestinya sedap tp ni memang sedap betol lah, (lg sekali puji sedap nih :P) tp malu nak mkn byk, lol. Dan yg paling best, makan semua free. Sebelum balik siap curi aiskrim potong bg driver yg tggu kat bawah hehe.

So, pasal Maria Elena kesayangan ramai nih, kalau korang rase berdasarkan blog/video, die adalah seorang yg awesome,funny,smart,hilarious,crazy, maka bila berjumpa dia in person, TRIPLE lah semua-semua ciri-ciri yg disebut td :D hehe.. memanglah baik orangnya, jauh sekali sombong, friendly sangat. (nak kena copy all positive adjectives dulu :P) kesimpulannya memang sgt teruja lah dpt makan semeja,naik lif bersama, solat satu saf,main permainan bersama,bergambar bersama, bersembang bersama. xD *blushing*
Sepanjang event tu masing-masing kena berebut lah approach Maria Elena kan, hahah. Tp die memang layan semua orang. Tapi nak cerita panjang-panjang masalah negara memang la tak sempat, kena la bg orang lain jugak bermesra.takleh tamak , haha :P

Lepas tu seronok dapat jumpa, kenal, berkawan dgn winners yg lain. Mula-mula saya malu, dah lama-lama saya kacau org, eheh :P Ermm rasanya dah boleh tunjuk gambar-gambar yg sempat diambil. Saya cuba utk siarkan gambar semua org tp gmbr winner Miyyo Azman takde plak, kachak sgt org nye takut nak amik gambo, lol :P pastu gmbr krew-krew org kuat pun takde :(
Ni lah ape yg ade ye, sorry kalau gambar tak cantik “-_-

Pemandangan dari Restoran 0.0

Maria Elena nun jauh disana 

Maria Elena zoom in :)

Ini Bibi Najwa :)

Ini Alia Myra :)

Ini Istiqamah :)

Ini Zharif :)

Ini Nur Dianah :)

Ini Yasmin :)

Ini saya dan syabil :)

Ini Syafika Syahiza :)

Dari kiri: Najihah, Fatin Afiqah, Aliah Umairah dan Mira Amri :)

Dari kiri : Dayang Norhaizum, Alleesa Bunny, Zulaikha Zainuddin, Fatin Shazea :)

Maria Elena dapat hamper Raya! :3

 Me and Maria Elena "-_-

Sekianlah sudah. Terima Kasih banyak-banyak sekali lg kepada pihak penganjur, Odisi Studio<- Like their page, Maria Elena Is Greek Helen <- Like her page, follow her blog <- peliks.blogspot.com , terima kasih kepada winners yg lain. such a lovely memory! :)
juga minta ampun dan maaf sekiranya ada salah silap sepanjang kita bersama.
Take care semua! Senyum lebar sampai ke telinga!
With lots of Lurve,

LailaEnzai

Sunday 21 August 2011

An Unfortunate Event ; Suatu Kejadian Yg Tak Mampu Saya Tanggung Seorang

Assalamualaikum salam sejahtera :)
Sememangnya bulan Ramadhan ni lah akan ada banyak dugaan2. Kali ni, saya nak meluahkan satu dugaan/peristiwa yang kurang senang yang terpaksa saya lalui. Adalah kebiasaannya jarang untuk saya ceritakan masalah secara terperinci di blog, tapi kerana amatlah tidak mampu saya simpan seorang dan saya terasa ingin untuk luahkan. Bukanlah niat saya untuk menuding jari, menyalahkan dan memburukkan mana-mana pihak dalam entry ini. Semua pihak yg terlibat saya gunakan anonymous sahaja. Tetapi sekiranya pihak yang terlibat terbaca entry ini, ketahuilah betapa saya amat down/stressed dengan perkara ini justeru tidak mampulah saya bendung seorang.

Maka tersebutlah kisah seorang public figure yang membuat majlis berbuka puasa di sebuah restoran anonymous. Saya adalah peminat public figure dan restoran tersebut. Di facebook, tertera event majlis berbuka puasa bersama this public figure. Kebetulan pula saya bersama beberapa rakan memang ada merancang untuk berbuka puasa bersama-sama, maka saya pun share jelah event tu kepada mereka. Mereka semua membaca atau tidak, saya pun tak tahu. Ketika itu saya masih berada di kampung halaman. Setelah pulang ke KL, beberapa hari kemudian, berkatalah seorang rakan saya ini, “OK lela, ko booking kan untuk 11 orang termasuk ko”. Maka saya pun tanpa bertanya apa-apa teruslah emailkan kepada public figure tersebut akan kehadiran kami seramai 11 orang memandangkan tarikh tutup booking sepatutnya dah lepas. Kemudian public figure tersebut pun reply OK, dan memberi tahu jumlah bayaran sebanyak ermm, beratus-ratus la kan, dah kata pun untuk 11 orang, buffet pulak tuh.

OK kemudian keesokannya, rakan saya ini tadi call la pulak bertanya, nanti kita berbuka ade public figure tu ke, saya pun cakapla ye. Kemudian, die berbincang bincang dengan rakan-rakan yg lain pula, lepas tu mereka kata mereka tidak mahu berbuka join event orang lain. Maka saya pun serba salah dan gundah gulana lah disebabkan perkara ini. Saya pun tak tahulah sejauh mana tahap-komunikasi dan memahami-informasi-yg-diberi pada semua orang. Saya pun email lah pula kepada public figure ni kata nak cancel kemudian public figure tu kata, macam mana pun diorang tetap kena bayar untuk jumlah yg diberitahu.
Bertambah gulana lah saya dibuatnya. Saya pun cubalah menghubungi rakan-rakan yg lain kiranya dapatlah mencari 11 orang untuk digantikan tempatnya. Tetapi pencarian saya hampa.

Kemudian, saya pun cubalah menghubungi restoran terlibat untuk bertanya dan cancelkan booking kami 11 orang. Berjaya cancel atau tak saya pun tak tahu, tp ketika bercakap di telefon, org restoran tu cakap ok. Saya berharap masalah ini boleh setel disini, tetapi setelah beremail-email lg dengan public figure tersebut, beliau berkata owner restoran tu kecik hati, dan cenderamata pun dah beli dan terlebih budget. Juga beliau berkata “just next time make sure its confirm sebelum deal dengan orang ya. leaving a so not good memory of friendship”. Mau tak meraung rasanya bila orang cakap mcm tu dekat saya. Saya pun explain lah kat public figure tersebut, saya cakap saya ni hanya lah orang tengah, dan saya akuilah saya yang salah dalam hal ni, (ready to take the blame T_T) dan saya cakap saya sedia bertanggungjawab atas segala kerugian yg dialami dan sedia beli/bayar cenderamata2 tersebut. (macam anak Dato’ je :P) tapi public figure tu cakap takpelah, ni pengajaran, organizer die pun tak kisah pasal duit, nak tolong bayar semua pun die lebih dari mampu, cuma kesian sbb dah deal dengan orang, dah berjanji. Ape yang mampu saya buat ialah minta maaf.

Hurmm, saya rasa dah lega la kot ending nye mcm tu walaupon masih sebak-sebak lg. manalah mampu sebenarnya saya yang unemployed lg hina ni nak bayar untuk semua. (dalam hati, dah fikir mcm mane lah nak explain kat family saya nih nak pinjam duit “-_-)

So, itulah keseluruhan cerita. Sejujurnya memang saya sangat sedih dengan apa yg berlaku, tambahan pula bila melibatkan public figure yg saya admire. Saya ni apalah yang saya ada. Nampaknya, saya sahaja lah yg gembira kalau berbuka dengan public figure, rupa-rupanya rakan-rakan yg lain tak berminat. Takpelah, ni memang satu pengajaran. Saya serik dah nak jadi orang tengah lepas ni :(
Maka itulah yg dapat saya luahkan. Sekali lagi saya ulangi, bukanlah saya ingin menyalahkan sesiapa kerana saya yang bersalah.

Terima kasih kerana sudi membaca dan melayan luahan hati saya ini.
Lepas ni saya buat entry gembira. Terima kasih.
Hari ini saya senyum kurang lebar :P tapi saya still harap semua senyum lebar sampai ke telinga.
Take care, with lots of Lurve,

LailaEnzai

Thursday 18 August 2011

Berbuka Puasa di Padang Masjid Negeri, Kuantan

Assalamualaikum, salam sejahtera :D
Apa khabar puasa anda di hujung-hujung ini? :)
Diharap semuanya elok-elok sahaja. xD

Oklah, actually, last week, saya balik kampung halaman, Kuantan.
sepanjang kepulangan saya itu, saya dan rakan-rakan sepermainan decided untuk berbuka bersama-sama since I diidn't recall any memory of iftar together with them, except maybe when we have any activities/programs at school. So, this time we plan to iftar together.

Memandangkan bajet yg terhad, kitorang pun bercadang berbuka lah di padang masjid negeri tuh. Kat sebelah padang tu ade bazaar (lupa nak amik gambar bazaar "-_-), so, beli makanan, pilih spot rumput yg paling best, bentang tikar/surat khabar pastu tunggu azan masjid sebelah, dah boleh berbuka. Happening pon memang happening sbb trend kot diorang ni berbuka kat padang. nak sembahyang pun senang. cuma risau kalau hujan jelah. "-_-

So, at first, there are three of us (Me, Kdy, and Ummi) because Zahidah tak balik kerja lagi. Zahidah sampai pun da lambat, kitorang dah abis makan nasik da "-_- sbb die tertinggal handphone kat office pastu patah balik, hadoih. dahla kitorang mintak die bawakkan surat khabar. hahah. 

So far, semuanya oklah berbuka puasa kat situ, cuma satu je masalahnya, entah la kenapa ahli-ahli berbuka puasa yang lain nih suka sangat lah bermain mercun. siap ade mercun bunga api tahun baru tuh. sampai tok imam dah start solat pon, dorang ni main lagi, tak kesian ke kat tok imam terperanjat tgh solat tuh haa. pastu siap mercun tu di baling-baling pula kat ahli-ahli berbuka puasa yg lain. dahla yang baling mercun tu bawak anak bini. kalau yg muda-muda lg ni takpela kite tauu memang jenis degil2 belaka. kan dah kurang adab nama nya tuh, baling mercun kat orang tgh nak makan berbuka, mengganggu pula jemaah yg tgh solat.berat..berat..  "-_-

Maka itu sahajalah cerita yang mampu saya sampaikan kali ni, kita teruskan kepada gambar-gambar yg sempat di-snap pada ketika itu :)

 Masjid Negeri, Kuantan. Mase kecik dulu belajar mengaji kat sini :)

Ahli-ahli berbuka puasa yang lain, dah macam berpicnic, happening kan? XD

 Kdy dan Ummi :)

Muka-muka tabah menunggu waktu berbuka :P

 OK that's me, ber-background kan Masjid, memegang juadah berbuka (Menepati tema :P)

Zahidah akhirnya sampai, kesian dia :P

Ni BUKAN isteri derhaka :P

 Sudah tidak lapar lagi..hehe

 Ummi juga tidak lapar lg

 Bersuka-suka :D

 Bersuka-suka (ada ahli baru di belakang :P)

Pinjam anak orang :P

Tamatlah sudah entry kali ini. terima kasih kerana membaca.
marilah kita sama-sama mengisi sisa-sisa Ramadhan yang tinggal ini dengan perkara-perkara yg berfaedah, Insya Allah.
Take care, senyum lebar sampai ke telinga :D
With lots of Lurve,

LailaEnzai

Sunday 14 August 2011

I'm asking for your help :)

Assalamualaikum , salam sejahtera :)

I will make this one short ya!
Saya ingin memohon bantuan saudara dan saudari, sudilah kiranya dapat mengundi saya dalam pertandingan berbuka puasa bersama Maria Elena. Facebook beliau : Maria Elena Is Greek Helen dan blog beliau : peliks.blogspot.com 

Adalah amat gembira dan membanggakan sekiranya saya dapat menjadi insan terpilih yg memenangi pertandingan ini, lantas dapat bertemu dan berbuka puasa dengan beliau. Kerana dirinya begitu berharga, heheh :)

OK, caranya mudah sahaja, pertama sekali anda mestilah LIKE Page Odisi Studio ini <- sila klik disini.




Mudah saja kan. :D
Dengan cara itu saja, anda telah berbudi kepada saya. Terima Kasih yang tak terhingga saya ucapkan. 
Oleh itu, apa tunggu lagi, marilah mengundi. Undian/Vote/Like anda amat saya hargai.

Maka sekianlah sudah, selamat berpuasa dan terima kasih kerana membaca.
Take care dan senyum lebar sampai ke telinga,
with lots of Lurve,

LailaEnzai

Monday 1 August 2011

Ramadhan : Memori & Azam


 

Assalamualaikum, salam sejahtera.  :D
Today, I’m just gonna make it simple.. (bulan puasa tak elok cakap banyak sgt :P)
Saya nak kongsi sedikit pengalaman dan peristiwa yang berlaku semasa bulan ramadhan yang lepas2.. masa zaman belajar/bujang/duk umah sewa ramai2.. dan azam saya ramadhan tahun ni sebagai seorang yg lebih dewasa, cewahhh~

Kebanyakan memori terindah adalah semasa menyewa di tmn melati, bayangkan rumah flat 2 bilik, duduk 7 orang..mcm2 laaa akibatnye..

Memori 1 : Menu tetap! Air soya dlm mug pooh, nasik kerabu :) nasik kerabu sgt menjadi pilihan ramai masa tuh. Takpun tapau dari kedai bunga( bunga diambil dari corak meja kedai makan, walaopon sbnrnye corak tu adelah buah-buahan sebenarnye) atau dari makcik ceng ceng (tak ingatla makcik ni jual tak time bulan puasa, tp ceng ceng diambil dari bunyi kuali, makcik tu masak sangat pantas dan cekap, sehingga mengeluarkan bunyi ceng ceng ketika dia memasak).

Memori 2 : tengok cerita budak anak mat saleh duduk oversea, balik kampong kena berpuasa. Ape ea tajuk cerita tu? Diari Afiq ke? Lepas tu tengok upin ipin kot.. “-_-

Memori 3 : Dengar iklan Proviton je terus semua bersemangat! Dari muka yg dah nak terbaring dalam nasik terus segar cepat cepat bersedia menyuap. :P

Memori 4 : apabila perempuan berkawan rapat, kalau ade 7 org,  7 org tu, time period die pon sama jek. Pada suatu pagi yg hujan, dimana sepatutnye kami ke kelas. Tapi tiba2 ponteng entah kenapa, boleh pulak ye masak bihun buat sarapan. Tapi ade sorang tu sbnrnye tak period, tapi akhirnye die join gak breakfast. Ahahaha!

Memori 5 : ni dengan rakan-rakan KLMU. Stay up buat assignment sampai pening tak larat nak puasa
 “-_-  time tuh bukan main lg tak larat, sampai ke kolej dah tengah hari, masing-masing buat muka tak malu beli nasik makan dalam kelas. Saboo je lahhh! (geleng kepala)

Tu jelah kot, memori yg paling jelas sekali, nak cerita banyak2 kang takut kantoi lak nanti sesiapa yang terlibat :P
So, dah banyak sangat cerita-cerita jahil, meh kita cerita pasal azam baru di bulan ramadhan!

Azam 1 saya : Berpuasa dengan penuh ikhlas dan tawadhuk! Saya cuba tak jadi budak kecik pada pukul 4 petang dan ke atas. :P

Azam 2 saya : memperbanyakkan amal ibadah, wajib mahupun sunat. Cuba sedaya upaya solat terawih sebanyak yang boleh. (masa sekolah dulu, ade satu tahun ni saya rajin solat terawih ke surau, tp saya mintak kat arwah mak saya, cuti gi terawih satu hari, sebab nak tengok pokemon :P , selain dari ari tengok pokemon, kena gi surau. “-_-)

Azam 3 saya : Berjimat cermat! Saya cuba! Saya cuba utk masak je berbuka. Tak boleh tiap-tiap ari berbuka kat luar, atau gi bazaar. Kalau pergi bazaar pun, tak boleh lebih RM10. (beli ape yg betul2 berkenan je, seperti air selasih, air chrysanthemum, air soya, cream puff, nasik kerabu, bubur lambuk <- tiba-tiba saya telah menge-list-kan makanan kegeraman saya di bulan Ramadan pula “-_-
Azam 4 saya : Bersedekah mana yang boleh. Belanja kawan-kawan pon sedekah juga. :) kalau jumpe orang mintak sedekah, hulur la lebih sikit. :D

Azam 5 saya : menjadi seorang yang lebih sabar, tidak merungut, tidak mengeluarkan kata-kata kesat, tidak bercakap perkara tidak berfaedah (walaupun saya sering menjadi pembebel untuk lupakan lapar), tidak membazir terlalu banyak masa di depan laptop bermain game dan marathon cerita.

Dan yang paling penting, saya akan cuba untuk tidak menjadikan puasa sebagai penghalang. Saya cuba, walaupun saya berpuasa, saya masih boleh bekerja dengan baik, saya masih boleh melakukan aktiviti berat, saya masih boleh mengemas, menyapu, memasak. Saya cuba, Insya Allah.

Oh ya, kat atas tadi lagu tema ye, lagu Harapan Ramadhan- Raihan feat Man Bai. lagu tema wajib tiap-tiap tahun. and enjoy this video from Anwar Hadi dan Aiman Azlan :)



So, sampai sini saja, thank you for reading.
Take care dan selamat berpuasa. Semoga kita sentiasa sihat sentiasa. Amin
Senyum lebar sampai ke telinga. With lots of Lurve,

LailaEnzai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...