Advertisement!

Monday, 1 August 2011

Ramadhan : Memori & Azam


 

Assalamualaikum, salam sejahtera.  :D
Today, I’m just gonna make it simple.. (bulan puasa tak elok cakap banyak sgt :P)
Saya nak kongsi sedikit pengalaman dan peristiwa yang berlaku semasa bulan ramadhan yang lepas2.. masa zaman belajar/bujang/duk umah sewa ramai2.. dan azam saya ramadhan tahun ni sebagai seorang yg lebih dewasa, cewahhh~

Kebanyakan memori terindah adalah semasa menyewa di tmn melati, bayangkan rumah flat 2 bilik, duduk 7 orang..mcm2 laaa akibatnye..

Memori 1 : Menu tetap! Air soya dlm mug pooh, nasik kerabu :) nasik kerabu sgt menjadi pilihan ramai masa tuh. Takpun tapau dari kedai bunga( bunga diambil dari corak meja kedai makan, walaopon sbnrnye corak tu adelah buah-buahan sebenarnye) atau dari makcik ceng ceng (tak ingatla makcik ni jual tak time bulan puasa, tp ceng ceng diambil dari bunyi kuali, makcik tu masak sangat pantas dan cekap, sehingga mengeluarkan bunyi ceng ceng ketika dia memasak).

Memori 2 : tengok cerita budak anak mat saleh duduk oversea, balik kampong kena berpuasa. Ape ea tajuk cerita tu? Diari Afiq ke? Lepas tu tengok upin ipin kot.. “-_-

Memori 3 : Dengar iklan Proviton je terus semua bersemangat! Dari muka yg dah nak terbaring dalam nasik terus segar cepat cepat bersedia menyuap. :P

Memori 4 : apabila perempuan berkawan rapat, kalau ade 7 org,  7 org tu, time period die pon sama jek. Pada suatu pagi yg hujan, dimana sepatutnye kami ke kelas. Tapi tiba2 ponteng entah kenapa, boleh pulak ye masak bihun buat sarapan. Tapi ade sorang tu sbnrnye tak period, tapi akhirnye die join gak breakfast. Ahahaha!

Memori 5 : ni dengan rakan-rakan KLMU. Stay up buat assignment sampai pening tak larat nak puasa
 “-_-  time tuh bukan main lg tak larat, sampai ke kolej dah tengah hari, masing-masing buat muka tak malu beli nasik makan dalam kelas. Saboo je lahhh! (geleng kepala)

Tu jelah kot, memori yg paling jelas sekali, nak cerita banyak2 kang takut kantoi lak nanti sesiapa yang terlibat :P
So, dah banyak sangat cerita-cerita jahil, meh kita cerita pasal azam baru di bulan ramadhan!

Azam 1 saya : Berpuasa dengan penuh ikhlas dan tawadhuk! Saya cuba tak jadi budak kecik pada pukul 4 petang dan ke atas. :P

Azam 2 saya : memperbanyakkan amal ibadah, wajib mahupun sunat. Cuba sedaya upaya solat terawih sebanyak yang boleh. (masa sekolah dulu, ade satu tahun ni saya rajin solat terawih ke surau, tp saya mintak kat arwah mak saya, cuti gi terawih satu hari, sebab nak tengok pokemon :P , selain dari ari tengok pokemon, kena gi surau. “-_-)

Azam 3 saya : Berjimat cermat! Saya cuba! Saya cuba utk masak je berbuka. Tak boleh tiap-tiap ari berbuka kat luar, atau gi bazaar. Kalau pergi bazaar pun, tak boleh lebih RM10. (beli ape yg betul2 berkenan je, seperti air selasih, air chrysanthemum, air soya, cream puff, nasik kerabu, bubur lambuk <- tiba-tiba saya telah menge-list-kan makanan kegeraman saya di bulan Ramadan pula “-_-
Azam 4 saya : Bersedekah mana yang boleh. Belanja kawan-kawan pon sedekah juga. :) kalau jumpe orang mintak sedekah, hulur la lebih sikit. :D

Azam 5 saya : menjadi seorang yang lebih sabar, tidak merungut, tidak mengeluarkan kata-kata kesat, tidak bercakap perkara tidak berfaedah (walaupun saya sering menjadi pembebel untuk lupakan lapar), tidak membazir terlalu banyak masa di depan laptop bermain game dan marathon cerita.

Dan yang paling penting, saya akan cuba untuk tidak menjadikan puasa sebagai penghalang. Saya cuba, walaupun saya berpuasa, saya masih boleh bekerja dengan baik, saya masih boleh melakukan aktiviti berat, saya masih boleh mengemas, menyapu, memasak. Saya cuba, Insya Allah.

Oh ya, kat atas tadi lagu tema ye, lagu Harapan Ramadhan- Raihan feat Man Bai. lagu tema wajib tiap-tiap tahun. and enjoy this video from Anwar Hadi dan Aiman Azlan :)



So, sampai sini saja, thank you for reading.
Take care dan selamat berpuasa. Semoga kita sentiasa sihat sentiasa. Amin
Senyum lebar sampai ke telinga. With lots of Lurve,

LailaEnzai

1 comment:

  1. good luck! insya Allah we can do it
    ramadhan kareem

    ni blog baru saya kat wordpress, all about soothing hearts and being positive
    please check it out and do spread the words =)

    -de-

    ReplyDelete

so what do you think? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...