Advertisement!

Sunday, 21 August 2011

An Unfortunate Event ; Suatu Kejadian Yg Tak Mampu Saya Tanggung Seorang

Assalamualaikum salam sejahtera :)
Sememangnya bulan Ramadhan ni lah akan ada banyak dugaan2. Kali ni, saya nak meluahkan satu dugaan/peristiwa yang kurang senang yang terpaksa saya lalui. Adalah kebiasaannya jarang untuk saya ceritakan masalah secara terperinci di blog, tapi kerana amatlah tidak mampu saya simpan seorang dan saya terasa ingin untuk luahkan. Bukanlah niat saya untuk menuding jari, menyalahkan dan memburukkan mana-mana pihak dalam entry ini. Semua pihak yg terlibat saya gunakan anonymous sahaja. Tetapi sekiranya pihak yang terlibat terbaca entry ini, ketahuilah betapa saya amat down/stressed dengan perkara ini justeru tidak mampulah saya bendung seorang.

Maka tersebutlah kisah seorang public figure yang membuat majlis berbuka puasa di sebuah restoran anonymous. Saya adalah peminat public figure dan restoran tersebut. Di facebook, tertera event majlis berbuka puasa bersama this public figure. Kebetulan pula saya bersama beberapa rakan memang ada merancang untuk berbuka puasa bersama-sama, maka saya pun share jelah event tu kepada mereka. Mereka semua membaca atau tidak, saya pun tak tahu. Ketika itu saya masih berada di kampung halaman. Setelah pulang ke KL, beberapa hari kemudian, berkatalah seorang rakan saya ini, “OK lela, ko booking kan untuk 11 orang termasuk ko”. Maka saya pun tanpa bertanya apa-apa teruslah emailkan kepada public figure tersebut akan kehadiran kami seramai 11 orang memandangkan tarikh tutup booking sepatutnya dah lepas. Kemudian public figure tersebut pun reply OK, dan memberi tahu jumlah bayaran sebanyak ermm, beratus-ratus la kan, dah kata pun untuk 11 orang, buffet pulak tuh.

OK kemudian keesokannya, rakan saya ini tadi call la pulak bertanya, nanti kita berbuka ade public figure tu ke, saya pun cakapla ye. Kemudian, die berbincang bincang dengan rakan-rakan yg lain pula, lepas tu mereka kata mereka tidak mahu berbuka join event orang lain. Maka saya pun serba salah dan gundah gulana lah disebabkan perkara ini. Saya pun tak tahulah sejauh mana tahap-komunikasi dan memahami-informasi-yg-diberi pada semua orang. Saya pun email lah pula kepada public figure ni kata nak cancel kemudian public figure tu kata, macam mana pun diorang tetap kena bayar untuk jumlah yg diberitahu.
Bertambah gulana lah saya dibuatnya. Saya pun cubalah menghubungi rakan-rakan yg lain kiranya dapatlah mencari 11 orang untuk digantikan tempatnya. Tetapi pencarian saya hampa.

Kemudian, saya pun cubalah menghubungi restoran terlibat untuk bertanya dan cancelkan booking kami 11 orang. Berjaya cancel atau tak saya pun tak tahu, tp ketika bercakap di telefon, org restoran tu cakap ok. Saya berharap masalah ini boleh setel disini, tetapi setelah beremail-email lg dengan public figure tersebut, beliau berkata owner restoran tu kecik hati, dan cenderamata pun dah beli dan terlebih budget. Juga beliau berkata “just next time make sure its confirm sebelum deal dengan orang ya. leaving a so not good memory of friendship”. Mau tak meraung rasanya bila orang cakap mcm tu dekat saya. Saya pun explain lah kat public figure tersebut, saya cakap saya ni hanya lah orang tengah, dan saya akuilah saya yang salah dalam hal ni, (ready to take the blame T_T) dan saya cakap saya sedia bertanggungjawab atas segala kerugian yg dialami dan sedia beli/bayar cenderamata2 tersebut. (macam anak Dato’ je :P) tapi public figure tu cakap takpelah, ni pengajaran, organizer die pun tak kisah pasal duit, nak tolong bayar semua pun die lebih dari mampu, cuma kesian sbb dah deal dengan orang, dah berjanji. Ape yang mampu saya buat ialah minta maaf.

Hurmm, saya rasa dah lega la kot ending nye mcm tu walaupon masih sebak-sebak lg. manalah mampu sebenarnya saya yang unemployed lg hina ni nak bayar untuk semua. (dalam hati, dah fikir mcm mane lah nak explain kat family saya nih nak pinjam duit “-_-)

So, itulah keseluruhan cerita. Sejujurnya memang saya sangat sedih dengan apa yg berlaku, tambahan pula bila melibatkan public figure yg saya admire. Saya ni apalah yang saya ada. Nampaknya, saya sahaja lah yg gembira kalau berbuka dengan public figure, rupa-rupanya rakan-rakan yg lain tak berminat. Takpelah, ni memang satu pengajaran. Saya serik dah nak jadi orang tengah lepas ni :(
Maka itulah yg dapat saya luahkan. Sekali lagi saya ulangi, bukanlah saya ingin menyalahkan sesiapa kerana saya yang bersalah.

Terima kasih kerana sudi membaca dan melayan luahan hati saya ini.
Lepas ni saya buat entry gembira. Terima kasih.
Hari ini saya senyum kurang lebar :P tapi saya still harap semua senyum lebar sampai ke telinga.
Take care, with lots of Lurve,

LailaEnzai

No comments:

Post a Comment

so what do you think? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...