Advertisement!

Monday, 26 September 2011

ajal maut di tangan Allah

Assalamualaikum, salam sejahtera :)
How are you? Hopefully everything is fine, Insya Allah :)
Alhamdulillah, sekarang ni kite masih lg bernafas, dapat menikmati kehidupan.

Disini saya ingin berkongsi suatu kejadian kekuasaan Allah.
Pada weekend yang lalu saya bercadang untuk redeem voucher bermain laser tag yang telah lama dibeli tapi tak redeem-redeem lagi sampai dah nak expired date. (ini memang habit saya; last minute)
Saya dan Nyet saya, telah pun bersetuju untuk bermain pd hari sabtu, saya pun suruhla Nyet ni ajak kawan-kawan dia memandangkan saya juga telah membeli voucher lebih. Maka  Nyet pon mengajak seorang rakan nye di facebook, dan rakannya itu bersetuju. Tetapi masih ade voucher yang lebih dan tidak dapat cari seorang lg pemain, maka kami pun bercadanglah untuk postpone ke hari ahad. Yang rakannya tadi pun bersetuju utk postpone pd hari ahad.

Setibanya hari ahad, Nyet pun buka lah facebook untuk mengkonfirmkan kembali kehadiran rakannya seperti yang dijanjikan pd hari sebelumnya. Tetapi, lain pula berita yang diterima, ketika Nyet buka page rakannya itu, ada beberapa ucapan takziah kepada rakannya, dan difahamkan rakannya telah pun meninggal dunia pada lewat malam sabtu. Innalillah.

Memang tersangat terkejutlah kami pada ketika itu. Saya tidak pernah pon berjumpa arwah, setakat dengar-dengar cerita je, tapi saya turut rasa sebaknya. Bayangkanlah, hari ni elok je kita komen2 kat facebook, ajak berjumpa, lepas tu esok dapat tau dah meninggal dunia. Itulah, ajal maut di tangan Allah. Kalau Allah nak tarik nyawa, bila-bila masa je. Terdetik di hati saya, bagaimana lah pula nasib saya, iman belum cukup lagi nih, nak solat pun masih liat-liat. Astaghfirullah. Saya berdoa supaya Allah tetapkan hati saya untuk menjadi insan yang lebih baik kelak,dan jauhkan saya dari segala kesilapan saya yang lalu :(

Marilah sama-sama doakan arwah dikalangan orang-orang yg mukmin, Amin.

Dan oh, pasal laser tag tu saya tak redeem pun lagi, saya tak mampu nak teruskan aktiviti seperti dirancang, rasa sungguh ralat. Ade juga terpikir, kalaulah malam sabtu tu, rancangan kitorang tu menjadi, lepas main laser tag mungkin arwah dah penat dan terus balik rumah dan tidur, mungkin arwah masih hidup lagi. Tapi tu sekadar “kalau lah”.. Inilah bukti kekuasaan Allah.Kita sebagai hamba perlu redha dan terima segala takdir yg telah ditentukan.

Saya cuma mampu jadikan ini sebagai peringatan dan pengajaran utk saya dan saya juga hanya mampu cuba menyampaikan dan berkongsi kepada pembaca. Itu sahajalah yang mampu saya ceritakan kali ini.

Terima kasih kerana membaca.
 Take care of yourself,
Senyum lebar sampai ke telinga
(I hope there’s nothing wrong when I told you to smile after I told about a death)
“Birth and death; we all move between these two unknowns. “ -Bryant H. McGill

With lots of Lurve, 
Lailaenzai


3 comments:

  1. semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman

    ReplyDelete
  2. i think this's a good post.~ =) TQ for sharing yea...

    ReplyDelete
  3. TQ for reading, its the least I can do.

    ReplyDelete

so what do you think? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...